Isnin, 28 Mei 2012

Al-Qassam : Bukan himpunan belia Malaysia

-Baca hingga ke ayat terakhir. Anda mungkin terkedu-


Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."  




BRIGED Al-Qassam cuma menerima pemuda berusia 30 tahun ke bawah sebagai ahli.


JIKA Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.
Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.
Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.
Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.
"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.
Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.
Peraturan
"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.
Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.
"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.
"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.
"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.
Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.
Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).
Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

PEMUDA Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.


Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.
Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.
Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."
Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.
Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri - 'Mengapakah saya tidak syahid?' - R.R

Ahad, 27 Mei 2012

Teruntuk KAMU yang mula membenci saya

Saya berkali-kali mengatakan secara berlapis dalam ruang maya dan realiti. Saya bukan orang yang baik. Tidak perlu mengidolakan saya, tidak perlu menjadikan saya contoh, tidak perlu menyebut nama saya atas alasan saya baik.

Pujian selalunya akan diuji oleh Allah. Melihat sejauh mana kamu ikhlas memuji saya. Ikhlas berterima kasih pada saya. Ikhlas berkawan dengan saya dan ikhlas. See, sekarang ujian itu sedang berlangsung. Nampaknya, kamu lebih percaya pada khabar angin, kamu lebih mencari kesalahan. Dan untuk kesekian kalinya, saya mahu mengatakan, saya tidak pernah bersedih. Bila kamu membenci saya, bila kamu fade-up dengan saya, bila kamu mula 'saiko' saya dalam laman maya itu petanda ada cahaya kebenaran dihujung sana buat saya. Mudahkan petunjuk dari Allah? Kamu mungkin berpuas hati, kamu mungkin bakal menyebarkan cerita-cerita yang belum tentu benar, tetapi saya berlapang dada saja. Saya sudah biasa dengan semua ini Dan antara kita berdua [termasuk rakan-rakan kamu]... siapakah yang lebih bergembira? - Tentulah kamu. Dan siapa pula yang bahagia? - SAYA tentunya. 

Teruslah membenci jika itu mahu kamu. Saya akan terus membantu sebab saya tidak ada kudrat mahu membalas - Saya tidak mahu.


:: Saya jarang meluah rasa hati. Saya suka memendam. Sejak akhir2 ini ianya berubah, saya suka benar luah dan  minta pendapat dengan orang lain yang belum saya kenal hati budinya sesungguh hati. - Saya menyesal. - Seharusnya, saya cuma berdiam. Diam. Diam dan senyum pada manusia ::

Jumaat, 25 Mei 2012

Diari Sarjana 3

Mood hepi betul kah saya ni? ihik

Kelmarin selepas hampir setahun kami tidak 'dating' akhirnya buat pertama kalinya saya jalan-jalan with myLUV Yan. diluar. Dulu-dulu kami lepak sama-sama dalam UMS and rumah abah Yan ja. [Family Yan sangat2 baik. Abah n mama Yan panggil saya 'Yo' macam panggilan kat rumah sendiri].

Kat mana-mana celah KK yang kami pijak kelmarin ditemani cik Maria [geng terhormat Yan yang saya geruni] mesti saya cakap macam ni;

Saya : Yan, amik gambar aku...
Yan : Bah, ko pigi sana.
 Saya pun buat pose klasik yang tidak pernah berubah
 Yan : Buat macam ni [####]

Saya ketawa-ketawa and akhirnya gambar serba tidak menjadi. Lambat sikit saya offer minta amik gambar Yan pun offer balik.

Yan : Yo, p sana yo. Saya amik gambar ko.
 Saya : Ok,ok. [bergaya sesaat] Sudah?
 Yan : Belum lagi. Satu kali lagi

Seperti kebiasaan, saya ketawa dan pose menarik termiss untuk dirakam :p [sangat perasan]


Sampai hari ini, saya tidak ada rakam gambar bersama Yan. Ihik. Tidak mengapa. Kasih sayang bukan atas sekeping gambar kan. Terima kasih Yan, terima kasih belanja i makan mcD and yoyo. Dapat gaji nanti belanja lagi a :-)

Dunia sarjana
Asyik relax ja Mastika ni. Update blog pasal kegembiraan dunia sarjana. Tesis dah siap ke? - ihik. Si kawan 'mastering' saya menegur dengan perasaan yang tidak terduga. Lentok bahasa yang keluar dari mulutnya penuh nada sarkastik!

Agaknya si kawan jeles dengan dunia sarjana saya yang begini sempoi.

Dunia sarjana [akademik] bukan semata-mata dihabiskan dalam bilik penyelia/library/jurnal/arkib atau sekadar berkurung dalam bilik bacaan. Kita yang manage dunia ciptaan manusia itu [dunia ciptaan Allah sudah sedia teratur]

Kenapa mesti memilih untuk terkurung? Lepaskan, lepaskan segala prasangka.

 Yoyo milk teh pearl [kalau tak silap ejaan dia begitu, tapi saya senang memanggilnya yoyo taik kambing sebab pearl hitam itu macam taik kambing. Anda jijik? Pasti sedap.

Rabu, 23 Mei 2012

Diari Sarjana 2



Dunia sarjana penyelidikan melihat - hubungan diantara pelajar dan penyelia mempunyai signifikan tersendiri dalam ‘kejayaan’ sesuatu kajian dan kelancaran ‘viva’ pelajar [saya belum melalui proses viva]. Hubungan yang renggang diantara penyelia dan pelajar menandakan suatu yang tidak baik dihujung pengajian. Tanyalah Prof. Kamil Ibrahim jika anda meragui kenyataan saya.

Dunia sarjana [master atau phd] maha berbeza berbanding dunia prasiswazah. Ada beberapa kes yang saya dapat tahu melalui cerita rakan-rakan yang membuat master luar daripada Malaysia menceritakan peritnya dunia sarjana yang dia lalui kerana mendapat penyelia yang tidak mempunyai chemistry. –Nim, saya fikir, kau siap phd barulah saya habis master saya dalam keadaan begini-

Ada juga kawan saya sudah tiga kali bertukar penyelia. Ironinya, dua penyelia sebelum itu merupakan ‘rakan’ baiknya.

Saya membuat kesimpulan. Dalam proses pemilihan penyelia, ianya ibarat memilih pasangan hidup [meski saya belum pernah berkahwin] Bayangkan teman lelaki anda menjadi penyelia anda, saya tidak fikir ianya satu pilihan yang bijak. Malah ianya adalah pilihan yang maha teruk.
   
  


Hubungan diantara penyelia dan pelajar tidak seharusnya mempunyai hubungan kenal secara peribadi. Situasi kenal secara peribadi mendatangkan situasi bias. Mungkin penyelia akan buat selamba kodok[amani] pada pelajar begitu juga pelajar. Sebab mereka geng!
Saya mengenali penyelia saya ketika menjadi pelajar undergrad di UMS tiga tahun yang lepas. jujurnya, saya tidaklah terlalu akrab dengan penyelia saya sebelum itu. Ketidakakraban tersebut menjadikan saya segan andai ada tugasan yang diberikan tidak dapat saya laksanakan dengan baik.

Ketika melamarnya untuk menjadi penyelia saya, saya tidak yakin beliau akan menerima lamaran saya itu. Kenapa saya memilih seorang wanita Cina yang terkenal dengan stright dan ketepatan masa? – sebab saya suka cabaran. Dan saya tahu, jika saya memilih mentor saya, yang telah saya mesrai, saya mungkin tidak mempunyai komitmen menjalankan kajian dengan baik. Kenapa? Sebab hubungan mesra adakala tidak sesuai dalam dunia akademik!

Saya mula merisik penyelia saya ketika tahun akhir pengajian. Awal-awal lagi Dr. Sim mengingatkan, ‘saya jenis yang stright Mastika. Saya mahu ketepatan masa dan saya tidak suka remeh temeh’ Saya kemudiannya menunjukkan proposal dan rangka kerja yang telah saya susun awal-awal untuk dunia sarjana tersebut [ketika itu tahun 2010, saya mendaftar master Sept 2011]

Sehingga saya menulis entri ini, saya masih bergelumang dengan dunia sarjana yang telah saya lukis ketika berusia 17 tahun. [Saya melukis orang lidi tahun 2004 kononnya mahu menjadi pelajar master ketika berusia 25 tahun, saya mengejar impian itu setahun lebih awal] 


Ada suka duka dalam dunia ini. Lapan bulan melaluinya, saya ingin katakan, ianya maha menyeronokan. Waktu ini saya dalam proses melamar penyelia dari SOAS, University of London. Terlalu awal dan ada yang mengatakan impian saya terlalu tinggi. Huh, bukan kah lapan tahun yang lepas saya sudah mula merangka proposal kajian yang saya lakukan hari ini? Sedangkan waktu itu saya belum memiliki sijik SPM.

Adik-adik, dunia ini menyeronokkan. Anda tidak rugi.